Wednesday, 28 November 2007

MINGGU 9-12

Minggu ini janin mula kelihatan seperti manusia, muka sudah mula membentuk dan membulat tetapi saiznya masih lagi besar berbanding badannya. Jari-jemari sudah mula kelihatan dan ogan dalaman sudahpun terbentuk, tetapi bentuk luaran jantina masih belum jelas kelihatan. Pergerakkan janin sekarang sudah boleh dilihat melalui ultrasound. Ia berukuran 2 cm. Pada sebelas minggu, kebanyakkan organ dan tulang sudahpun terbentuk dengan sepenuhnya dan pada masa ini ia dipanggil fetus. Pada akhir 12 minggu, iaitu diakhir trimester pertama ia sudahpun berukuran 7 cm.


video
Si comel ini baru berusia 9 minggu tapi sudah berupaya mengerakkan tangan dan kakinya.


video
Imeg 3d ini cukup mengkagumkan, cukup bukti bahawa bayi bergerak dengan aktif pada usia 9 minggu


MINGGU 3-8

Jantung bayi mula berdenyut selepas 21 hingga 22 hari dari tarikh persenyawaan dan membesar dengan cepatnya. Selepas 6 minggu. Mata, telinga dan mulut sudah mula membentuk dan otak semakin membesar.


Apabila memasuki minggu ke 6 sistem usus dan paru-paru sudah mula membentuk dan salur neural (neural tube) pada bahagian badan bayi sudah tertutup. Janin sekarang mempunyai panjang 5mm. Pada minggu ke 7 minggu, tali pusat bayi sudah jelas kelihatan dan tangan serta kaki mula membentuk. Pada masa ini janin membesar dengan giat sekali. Pada usia lapan minggu janin sudahpun berukuran 1cm.

Janin pada usia 6 minggu

Monday, 26 November 2007

MINGGU PERTAMA

Sebaik sahaja persenyawaan berlaku, proses pembahagian sel bermula. Sel meneruskan proses membahagi dan dalam masa yang sama mendekatkan dirinya kearah ruang rahim. Selepas tiga hari, ia sudahpun membahagi kepada 13-32 sel. Masa ini ia dipanggil morula. Ia sudahpun meninggalkan salur fallopia dan bergerak kearah dinding rahim.

 

Selepas 4-5 hari selepas bersenyawa, janin anda sudahpun mempunyai 500 sel dan sedang memulakan perjalanan ke rahim. Pada saat ini ia dipanggil blastocyst. Ada dua tisu terbentuk pada masa ini. Tisu yang berada diluar dipanggil trophoblast yang bakal menjadi uri berfungsi yang berfungsi memberi makanan kepada bayi anda dan bahagian dalam pula adalah tisu sebenar yang akan membentuk menjadi bayi.

 

Apabila blastocyst ini sampai ke rahim, ia akan membenamkan dirinya kedalam dinding rahim dan ini terjadi 1 minggu selepas persenyawaan berlaku. Pada hari yang ke 12, blastocyst sudahpun terlekat dengan kuat pada dinding endometrium ( dinding rahim) dimana ia menerima bekalan makanan dari salur darah ibu. Dua minggu dari saat persenyawaan janin sudah berukuran 1/25 inci dan sudah mempunyai tiga lapisan, yang mana semua tisu dan organ akan terbentuk.

Thursday, 22 November 2007

PROSES PERSENYAWAAN


Ia bermula apa apabila telur dan sperma bersatu untuk menjadi satu sel-titik permulaan kepada satu kejadian yang menakjubkan. Sel kecil ini akan terbahagi berulang kali sehingga pada minggu yang ke 38, ia berubah menjadi manusia yang mempunyai lebih dari 2 trilion sel.



Semasa proses persenyawaan ini, lebih kurang 100 sperma cuba untuk menembusi dinding ovum, walaubagaimanapun cuma satu saja yang akan berjaya memasukinya. Selepas mereka bersatu, selaput ovum tiba-tiba bertukar dan bertindak menyekat kemasukkan sperma yang lain.

Terdapat juga keadaan dimana ovari mengeluarkan lebih dari satu telur dalam masa yang sama dan sekiranya kedua-dua ovum tersebut disenyawakan oleh sperma kelahiran kembar akan terjadi.

Sperma dan ovum yang bersatu ini dipanggil ZYGOTE. Zygote mempunyai 46 chromosom. Dua puluh tiga dari isteri dan 23 lagi dari suaminya. Kromosom in mengandungi beribu-ribu bahan genetik yang bakal menentukan jantina, rupa dan personaliti bayi anda.

Wednesday, 21 November 2007

BAYI LELAKI ATAU PEREMPUAN?

Jantina bayi ditentukan sebaik sahaja persenyawaan berlaku. Ovum cuma mengandungi kromosom X manakala sperma pula mengandungi X atau Y. Sekiranya Ovum bertemu dengan sperma yang mengandungi Y ia akan menjadi bayi lelaki. Tetapi bila ia bertemu dengan sperma X, bayi perempuan akan terjadi Oleh yang demikian, genetik lelakilah yang akan sentiasa menentukan jantina seseorang bayi.

Saturday, 3 November 2007

IA BERMULA DI SINI

Kitaran haid wanita selalu berada dalam lingkaran 21-35 hari. Bagi wanita yang mempunyai kitaran haid 28 hari, tarikh subur selalunya jatuh pada hari ke 14 (28-14). Telur dijangka keluar pada hari ini dan ia dipanggil "OVULASI"

Dalam masa yang sama, sekiranya hubungan kelamin berlaku, persenyawaan akan berlaku dimana Sperma akan bertemu dengan Ovum ( telur).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Fakta penting:
1. Ovum adalah sel terbesar manusia, manakala sperma pula adalah yang terkecil.
2. Terdapat 1 billion sperma setiap kali ejakulasi tetapi cuma ratusan saja yang tinggal apabila semakin dekat ke salur fallopian. Kebanyakkan sperma terbunuh apabila melalui saluran vagina.
3. Minggu pertama kehamilan anda dikira dari tarikh haid dimana anda masih belum hamil. Kehamilan sebenarnya terjadi lebih kurang 14 hari dari haid terakhir anda. Tarikh jangka kelahiran iaitu EDD (expected date of delivery) yang diberikan oleh doktor iaitu 40 minggu adalah dikira pada hari pertama haid terakhir anda.
4.Wanita mempunyai 2 ovari tapi cuma salah satu yang akan bertelur setiap kitaran haid