Sunday, 30 August 2009

Minggu ke 29

Berat bayi semakin naik dan saiz semakin membesar. Ibu akan merasa lebih pergerakan minggu ini disebabkan aktiviti yang semakin rancak didalam rahim. Bayi mungkin sudah pandai menendang dan ibu mungkin akan merasa sedikit tidak selesa.

Friday, 28 August 2009

Minggu ke 28

Kelopak mata bayi yang tertutup pada bulan bulan terakhir yang melindungi retina yang sedang berkembang, mungkin akan mula membuka minggu ini. Mata bayi yang berkelip mungkin akan dapat dilihat pada US kalau ibu bernasib baik. Otak bayi menjadi semaking matang dan bayi semakin mengumpul lemak dibawah kulitnya. Bayi juga tidur dan bangun mengikut jadualnya sendiri kadang kadang ia tidur 20-30 min setiap kali dan mungkin akan terganggu tidur apabila ibu duduk atau baring dikatil.


video

Tuesday, 25 August 2009

Minggu 27

Bayi mungkin sudah mengenali suara ibu dan ayah tapi pendengaran menjadi sukar disebabkan oleh lapisan vernix tebal yang menyeluti kulit dan lubang telinga bayi. Vernix melindungi kulit bayi dari sebarang geseran semasa dalam rahim supaya kurang risiko mengelupas. Pada usia 27 minggu, ia sudahpun 3-4 kali lebih besar dari sewaktu usianya 12 minggu.

Friday, 21 August 2009

Minggu 26

Kening dan bulu mata sudah terbentuk begitu juga rambut yang menjadi lebih lebat. Lelemak yang semakin berkumpul dibawah kulit menyebabkan kulit muka kurang berkedut dan mula memberikan imej bayi sebenar.

Thursday, 20 August 2009

Minggu 25


Tangan bayi sudah pun berkembang sepenuhnya, ia juga sudah mempunyai kuku dan boleh melipat jejari menjadi seperti penumbuk kecil. Ia akan mula meneroka bahagian badannya yan lain seperti kaki,badan dan tali pusat.


Wednesday, 12 August 2009

Minggu ke 24

Bahagian telinga dalam bayi mula matang dan sekarang bayi sudah boleh merasai samada kedudukan kepalanya diatas atau dibawah didalam ruang rahim ibu. Bayi juga sudah mula suak mendengar bunyi bunyian yang enak. Ibu mungkin boleh mendengarkan bayi muzik sekarang. Bayi yang lahir pada usia begini mempunyai 50/50 peluang untuk hidup walaupun komplikasi dari kelahiran pra-matang masih terlalu tinggi. Sekarang bayi sudah 15 inci panjang dan mempunyai berat 1 ½ pounds.

Saturday, 1 August 2009

Minggu ke 23

Paru-paru bayi berkembang dengan laju bermula minggu ini, ia sebagai penyediaan untuk kehidupan di luar rahim nanti. Ia mula merembeskan bahan yang bernama surfactant yang menyebabkan paru paru mengembang dengan senang dan juga mencegah paru paru dari menjadi kempis atau melekat sesama sendiri. Bayi juga mula belajar bernafas dengan mengembus dan menarik keluar air ketuban dari paru-paru walaupun sebenarnya tiada pertukaran udara berlaku. Bayi masih memerlukan uri sebagai alat pernafasan sehingga saat kelahiran nanti.

Kekurangan lemak dibawah kulit bayi menyebabkan kulit berkedut dan rupanya lebih mirip seperti orang tua waktu ini. Bayi yang dilahirkan pada 23 minggu kadang kadang boleh hidup dengan bantuan mesin dan perlu diletakkan diwad rawatan rapi tetapi bayi lebih terdedah kepada masalah pendarahan otak kerana kerana otak yang masih belum matang. Sekiranya ini terjadi bayi yang hidup, bayi mungkin mengalami kecacatan akal dan mata yang kekal.

Minggu 20-22

Minggu ni bayi sudah mula pandai menyerap gula dari air ketuban. Sum sum tulang pula makin matang dan mula membuat sel sel darah. Deria rasa dan sentuh semakin baik kerana sistem saraf yang semakin berkembang. Melalui ujian US anda mungkin boleh melihat bayi anda semakin cekap mengunakan tangan dan jarinya seperti menyentuh muka dan menghisap jari. Sistem peranakan juga turut berkembang dengan cepatnya. Sekiranya bayi perempuan, rahim dan ovari dan faraj sudah terbentuk sepenuhnya. Sekiranya bayi lelaki, testis sudah mula turun dari abdomen menuju ketempat yang sepatutnya