Friday, 25 September 2009

Minggu 39


Baby mempunyai cukup lemak dibawah kulit yang bakal melindungi pada suhu sejuk di luar rahim nanti. Walaupun badan semakin besar, kepala bayi secara relatifnya adalah lebih besar sebab itulah kepala bayi perlu dilahirkan terlebih dahulu sebelum keseluruhan badannya.

Pada masa ini, bayi sudah cukup mempunyai antibodi untuk melawan jangkitan hasil dari perpindahan dari darah ibu. Separuh dari antibodi ini akan diserap kedalam susu ibu dan bayi akan mendapat antibodi yang optimal semasa lahir nanti. Sebab itulah susu ibu terlalu sempurna untuk bayi dan rasanya pula cukup yummy.


Tuesday, 22 September 2009

Minggu 38

Kebanyakkan organ organ bayi sudah matang sepenuhnya walaupun otak dan sistem saraf akan terus berkembang sehingga tahap kanak kanak dan peringkat awal remaja. Minggu ini, bayi sudah bersedia untuk bekerja keras untuk proses pernafasan, penghadaman, pencernaan dan lain-lain sebaik dilahirkan nanti. Bayi sememang tidak sabar lagi untuk dilahirkan.

Monday, 21 September 2009

Minggu 37

Hujung minggu ini, bayi dikatakan cukup bulan. Disebabkan kepadatan dalam rahim, kadar tumbesaran bayi menjadi sedikit menurun. Jadi ibu jangan risau, bukan sebab baby tidak cukup makan. Lelemak yang semakin banyak menyebabkan bayi menjadi semakin bulat dan montel. Kalau bayi montel, ibu akan lebih senang memeluk bayi kan? Berat bayi boleh dipengaruhi jantina bayi. Kalau bayi lelaki, ia mungkin 200g lebih berat dari bayi perempuan.

Minggu 36


Minggu ini bayi sudahpun kelihatan seperti bayi sebenar. Pipinya sudah penuh dengan muka yang bulat. Sekiranya ibu menjalani ujian US 3D, ibu sudah boleh melihat rupa bayi sebenar. Otot rahang untuk mengisap susu menjadi lebih kuat sebagai persediaan untuk proses mengisap susu ibu nanti. Bayi sudahpun mempunyai berat 2.8kg sekarang.


Sunday, 20 September 2009

Minggu 35

Bayi mengumpul lemak dengan banyaknya terutama pada bahagian bahu. Minggu bayi akan menambah berat badan dengan banyaknya sehingga 250 g seminggu menyebabkan ibu merasa semakin tidak selesa terutama pada ari-ari dan bawah belakang. Disebabkan ruang yang terlalu padat, ibu juga mungkin merasa pergerakan bayi sedikit kurang minggu ini. Tapi ibu jangan risau kerana kerana bayi sudah tiada ruang untuk buat tendangan.

Tuesday, 15 September 2009

Minggu 34

Vernix semakin tebal meliputi kulit manakala lanugo pula semakin menghilang. Semasa lahir, ibu boleh perhatikan, lebihan vernix masih boleh dilihat pada celah ketiak dan paha bayi. Berat bayi sudah pun mencapai 2.5kg.

Monday, 14 September 2009

Minggu 33

Berat bayi semakin bertambah dengan banyaknya. Ibu mungkin merasa tidak selesa pada bahagian atas perut disebabkan perut semakin membuncit keatas. Kepekaan mata semakin bertambah, pupil mata sudah boleh membesar dan mengecil mengikut tahap terang cahaya. Paru paru pula semakin matang.

Thursday, 10 September 2009

Minggu 32

Ibu mungkin akan merasa perubahan pada tabiat pergerakkan bayi, tendangan bayi tidak lagi kuat seperti biasa kerana rahim yang cukup padat sekarang tetapi kekerapan pergerakan tetap sama. Pergerakan bayi selalunya akan dirasai ibu sekurang kurangnya 10 kali dalam satu jam, sekiranya ibu merasakan frekuensi pergerakkan kurang, berjumpalah dengan untuk pastikan tiada masalah serius.Ibu mungkin boleh menarik nafas lega sekarang melegakan kerana sekiranya bayi dilahirkan pada waktu ini, peluang hidup dan membesar sebagaimana bayi cukup bulan yang lain adalah sangat tinggi

Wednesday, 2 September 2009

Minggu ke 31

Sistem peranakan berkembang dengan pantas, testis bayi lelaki semakin dengan dengan skrotumnya dan bayi perempuan, clitoris semakin membesar. Paru paru dan otak bayi sudah semakin matang dan sekiranya bayi dilahirkan pada waktu ini peluang hidup menjadi cerah.

Tuesday, 1 September 2009

Minggu ke 30

Bayi membesar dengan cepat mulai dari sekarang ia menambah beratnya 200g seminggu. Bayi juga mula membuat latihan bernafas dan ibu mungkin sekali sekala merasa denyut yang berulang ulang disebabkan bayi yang tersedu.


video