Tuesday, 19 February 2008

Hi!

goosh..... maaflah kerana lama sangat tidak post..
sebenarnya saya terlalu sibuk dengan persediaan untuk 'launch' laman web baru saya .. www.alamhamil.com. Itulah sebabnya saya menjadi 'idle' untuk sekian lama. Minta banyak maaf okay!

saya akan menyambung semula blog ini jangan risau...

tunggu untuk yang seterusnya...

jangan kemana-mana...

untuk 'amend'.... tengoklah video bayi-bayi comel ini yang saya ambil sebaik bayi dilahirkan..




Monday, 7 January 2008

MINGGU 20

Bayi sudahpun mempunyai berat 300gram dan mempunyai panjang 16.4cm. Ia sudah mengambil kebanyakkan volum dalam perut ibu dan tumbesaran ini akan memberikan tekanan kepada paru-paru, perut, buah pinggang dan menyebabkan ibu sedikit kurang selesa. Pada minggu ini, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian ultrasound mendalam atau detailed scan untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bayi.

BAYI LELAKI

video

BAYI PEREMPUAN...


video

BAYI BARU LAHIR

Ok I have to confess I love newborns... aduh! How can you not love them???...cuba tengok this cutie..baru umur 30 min sudah pandai posing untuk video ni....
sorry lama tak post tapi saya harap this video can amend for that..


video

Monday, 17 December 2007

MINGGU 19

Pada minggu ini, bayi mula diselaputi oleh satu lapisan keputihan berminyak yang dinamakan vernix. Vernix menolong memelihara kulit bayi dari geseran dan cakaran. Dibawahnya, terdapat bulu-bulu yang sangat halus yang dinamakan lanugo. Buah pinggang sudahpun berfungsi secara aktif dan sudahpun mula mengeluarkan urin. Urin ini akan menjadi sebahagian dari air ketuban. Pendengaran bayi juga sudah matang. Ia sudah dapat membezakan pelbagai suara dan sudah dapat mengenali suara ibunya.

Otak bayi sekarang mempunyai berjuta-juta saraf yang menolong otot berkomunikasi dengan otak bayi. Dia sudah pandai membuat pelbagai pergerakan sendiri seperti menghisap jari, mengerakkan kepala dan menendang.

Ibu mungkin sudah merasai pergerakkan bayi pada minggu ini tapi bagi anak sulung, ia mungkin mengambil masa 2 minggu lagi. Pada masa ini juga, jantina bayi dapat ditentukan dengan jelas melalui Scan Ultra-bunyi.

Friday, 14 December 2007

MINGGU KE 18

Tulang bayi menjadi semakin keras. Bayi mula dapat mendengar bunyi-bunyian. Ia mungkin boleh mendengar bunyi jantung ibu, bunyi perut ibu atau bunyi perjalanan darah dari tali pusat. Bayi mungkin boleh terkejut bila mendengar suara kuat. Ia juga sudah mula menelan. Semasa didalam rahim bayi minum air ketuban dengan banyak setiap hari.