Bayi akan lahir bila bila masa dan ibu dan ayah sudah pun sedikit gemuruh. Peluang bayi lahir secara normal adalah tinggi kalau ibu tiada masalah semasa hamil. Ibu mungkin mengalami perut tegang yang lebih kerap dari biasa tetapi ia kerap hilang dengan sendiri. Itu dipanggil false labour, ibulah jangan risau ye sebab ia memang kerap terjadi.
Ibu juga mungkin mengalami lendir bercampur darah yang keluar dari faraj. Emm … itu merupakan tanda awal melahirkan. Sekiranya perut semakin tegang dan menyakitkan, sudah sah ibu dalam peringkat awal bersalin. Ibu jangan tunggu lama lagi, eloklah berjumpa doctor sekarang atau ke hospital yang ibu rancangkan untuk bersalin.
Kadang kadang, ibu mengalami rupture ‘waterbag’ , walaupun kurang kerap terjadi, ia juga tanda awal ibu akan bersalin. Ibu disarankan ke hospital segera….
No comments:
Post a Comment