Monday, 7 January 2008

MINGGU 20

Bayi sudahpun mempunyai berat 300gram dan mempunyai panjang 16.4cm. Ia sudah mengambil kebanyakkan volum dalam perut ibu dan tumbesaran ini akan memberikan tekanan kepada paru-paru, perut, buah pinggang dan menyebabkan ibu sedikit kurang selesa. Pada minggu ini, anda dinasihatkan untuk menjalani ujian ultrasound mendalam atau detailed scan untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bayi.

BAYI LELAKI

BAYI PEREMPUAN...


BAYI BARU LAHIR

Ok I have to confess I love newborns... aduh! How can you not love them???...cuba tengok this cutie..baru umur 30 min sudah pandai posing untuk video ni....
sorry lama tak post tapi saya harap this video can amend for that..


Monday, 17 December 2007

MINGGU 19

Pada minggu ini, bayi mula diselaputi oleh satu lapisan keputihan berminyak yang dinamakan vernix. Vernix menolong memelihara kulit bayi dari geseran dan cakaran. Dibawahnya, terdapat bulu-bulu yang sangat halus yang dinamakan lanugo. Buah pinggang sudahpun berfungsi secara aktif dan sudahpun mula mengeluarkan urin. Urin ini akan menjadi sebahagian dari air ketuban. Pendengaran bayi juga sudah matang. Ia sudah dapat membezakan pelbagai suara dan sudah dapat mengenali suara ibunya.

Otak bayi sekarang mempunyai berjuta-juta saraf yang menolong otot berkomunikasi dengan otak bayi. Dia sudah pandai membuat pelbagai pergerakan sendiri seperti menghisap jari, mengerakkan kepala dan menendang.

Ibu mungkin sudah merasai pergerakkan bayi pada minggu ini tapi bagi anak sulung, ia mungkin mengambil masa 2 minggu lagi. Pada masa ini juga, jantina bayi dapat ditentukan dengan jelas melalui Scan Ultra-bunyi.

Friday, 14 December 2007

MINGGU KE 18

Tulang bayi menjadi semakin keras. Bayi mula dapat mendengar bunyi-bunyian. Ia mungkin boleh mendengar bunyi jantung ibu, bunyi perut ibu atau bunyi perjalanan darah dari tali pusat. Bayi mungkin boleh terkejut bila mendengar suara kuat. Ia juga sudah mula menelan. Semasa didalam rahim bayi minum air ketuban dengan banyak setiap hari.

KITA BERMULA CUKUP COMEL.....


Pernahkan anda melihat seorang bayi dan merasakan ia tidak comel...saya rasa tidak pernah!...
Maaf kerana tiada masa untuk updatekan blog ini kerana terlalu sibuk, tetapi saya sempat merakamkan gambar sikecil yang begitu comel ini...simply cute beyond words!
Lahir 1 jam yang lalu..

Saturday, 8 December 2007

MINGGU 17

Kening dan rambut semakin lebat manakala hiccup semakin kerap terjadi.  Ibu mungkin boleh merasa pergerakkan ini. Brown Fat mula membentuk dibawah kulit bayi. Lemak ini penting untuk melindungi bayi dari suhu yang sejuk sebaik sahaja dilahirkan. 



MINGGU KE 16

Sistem tulang dan otot menjadi semakin matang. Tulang bayi semakin memerlukan kalsium untuk tumbesaran pesat ini. Bayi sekarang sudah pandai mengerakkan otot tangan dan kakinya dengan kemahuan sendiri. Bayi juga boleh membuat pelbagai expressi muka walau ia tiada kaitan dengan emosi bayi.

Sekiranya bayi perempuan, ovari sudahpun membentuk berjuta-juta telur didalamnya. Matanya juga sudah sensitif kepada cahaya. Dia juga mula mengalami sedu ‘hiccup” berkali-kali tapi ibu masih belum dapat merasainya. Pada minggu ini bayi sudahpun mempunyai panjang 11 cm.


Friday, 7 December 2007

MINGGU KE 15

Kening dan rambut mula kelihatan pada waktu ini. Folikel rambut akan mula membuat pigmen untuk bayi berambut hitam. Mata dan telinga sudah kelihatan lengkap. Kulit bayi yang sangat nipis menyebabkan salur darah dapat dapat dilihat dengan jelas pada bawah kulitnya. Tulang sum-sum membentuk bersama sistem muskulosketal yang lain disamping pembentukan otot. Pada hujung miggu ini, bayi sudahpun pandai mengenggam tangannya.