Tuesday, 19 February 2008
Hi!
Monday, 7 January 2008
MINGGU 20
BAYI BARU LAHIR
Monday, 17 December 2007
MINGGU 19
Pada minggu ini, bayi mula diselaputi oleh satu lapisan keputihan berminyak yang dinamakan vernix. Vernix menolong memelihara kulit bayi dari geseran dan cakaran. Dibawahnya, terdapat bulu-bulu yang sangat halus yang dinamakan lanugo. Buah pinggang sudahpun berfungsi secara aktif dan sudahpun mula mengeluarkan urin. Urin ini akan menjadi sebahagian dari air ketuban. Pendengaran bayi juga sudah matang. Ia sudah dapat membezakan pelbagai suara dan sudah dapat mengenali suara ibunya.
Otak bayi sekarang mempunyai berjuta-juta saraf yang menolong otot berkomunikasi dengan otak bayi. Dia sudah pandai membuat pelbagai pergerakan sendiri seperti menghisap jari, mengerakkan kepala dan menendang.
Ibu mungkin sudah merasai pergerakkan bayi pada minggu ini tapi bagi anak sulung, ia mungkin mengambil masa 2 minggu lagi. Pada masa ini juga, jantina bayi dapat ditentukan dengan jelas melalui Scan Ultra-bunyi.
Friday, 14 December 2007
MINGGU KE 18
KITA BERMULA CUKUP COMEL.....
Saturday, 8 December 2007
MINGGU 17
Kening dan rambut semakin lebat manakala hiccup semakin kerap terjadi. Ibu mungkin boleh merasa pergerakkan ini. Brown Fat mula membentuk dibawah kulit bayi. Lemak ini penting untuk melindungi bayi dari suhu yang sejuk sebaik sahaja dilahirkan.
MINGGU KE 16
Sistem tulang dan otot menjadi semakin matang. Tulang bayi semakin memerlukan kalsium untuk tumbesaran pesat ini. Bayi sekarang sudah pandai mengerakkan otot tangan dan kakinya dengan kemahuan sendiri. Bayi juga boleh membuat pelbagai expressi muka walau ia tiada kaitan dengan emosi bayi.
Sekiranya bayi perempuan, ovari sudahpun membentuk berjuta-juta telur didalamnya. Matanya juga sudah sensitif kepada cahaya. Dia juga mula mengalami sedu ‘hiccup” berkali-kali tapi ibu masih belum dapat merasainya. Pada minggu ini bayi sudahpun mempunyai panjang 11 cm.
