Sebaik sahaja persenyawaan berlaku, proses pembahagian sel bermula. Sel meneruskan proses membahagi dan dalam masa yang sama mendekatkan dirinya kearah ruang rahim. Selepas tiga hari, ia sudahpun membahagi kepada 13-32 sel. Masa ini ia dipanggil morula. Ia sudahpun meninggalkan salur fallopia dan bergerak kearah dinding rahim.
Selepas 4-5 hari selepas bersenyawa, janin anda sudahpun mempunyai 500 sel dan sedang memulakan perjalanan ke rahim. Pada saat ini ia dipanggil blastocyst. Ada dua tisu terbentuk pada masa ini. Tisu yang berada diluar dipanggil trophoblast yang bakal menjadi uri berfungsi yang berfungsi memberi makanan kepada bayi anda dan bahagian dalam pula adalah tisu sebenar yang akan membentuk menjadi bayi.
Apabila blastocyst ini sampai ke rahim, ia akan membenamkan dirinya kedalam dinding rahim dan ini terjadi 1 minggu selepas persenyawaan berlaku. Pada hari yang ke 12, blastocyst sudahpun terlekat dengan kuat pada dinding endometrium ( dinding rahim) dimana ia menerima bekalan makanan dari salur darah ibu. Dua minggu dari saat persenyawaan janin sudah berukuran 1/25 inci dan sudah mempunyai tiga lapisan, yang mana semua tisu dan organ akan terbentuk.
No comments:
Post a Comment