Saturday, 1 August 2009

Minggu ke 23

Paru-paru bayi berkembang dengan laju bermula minggu ini, ia sebagai penyediaan untuk kehidupan di luar rahim nanti. Ia mula merembeskan bahan yang bernama surfactant yang menyebabkan paru paru mengembang dengan senang dan juga mencegah paru paru dari menjadi kempis atau melekat sesama sendiri. Bayi juga mula belajar bernafas dengan mengembus dan menarik keluar air ketuban dari paru-paru walaupun sebenarnya tiada pertukaran udara berlaku. Bayi masih memerlukan uri sebagai alat pernafasan sehingga saat kelahiran nanti.

Kekurangan lemak dibawah kulit bayi menyebabkan kulit berkedut dan rupanya lebih mirip seperti orang tua waktu ini. Bayi yang dilahirkan pada 23 minggu kadang kadang boleh hidup dengan bantuan mesin dan perlu diletakkan diwad rawatan rapi tetapi bayi lebih terdedah kepada masalah pendarahan otak kerana kerana otak yang masih belum matang. Sekiranya ini terjadi bayi yang hidup, bayi mungkin mengalami kecacatan akal dan mata yang kekal.

No comments: