Thursday, 22 November 2007
PROSES PERSENYAWAAN
Ia bermula apa apabila telur dan sperma bersatu untuk menjadi satu sel-titik permulaan kepada satu kejadian yang menakjubkan. Sel kecil ini akan terbahagi berulang kali sehingga pada minggu yang ke 38, ia berubah menjadi manusia yang mempunyai lebih dari 2 trilion sel.
Semasa proses persenyawaan ini, lebih kurang 100 sperma cuba untuk menembusi dinding ovum, walaubagaimanapun cuma satu saja yang akan berjaya memasukinya. Selepas mereka bersatu, selaput ovum tiba-tiba bertukar dan bertindak menyekat kemasukkan sperma yang lain.
Terdapat juga keadaan dimana ovari mengeluarkan lebih dari satu telur dalam masa yang sama dan sekiranya kedua-dua ovum tersebut disenyawakan oleh sperma kelahiran kembar akan terjadi.
Sperma dan ovum yang bersatu ini dipanggil ZYGOTE. Zygote mempunyai 46 chromosom. Dua puluh tiga dari isteri dan 23 lagi dari suaminya. Kromosom in mengandungi beribu-ribu bahan genetik yang bakal menentukan jantina, rupa dan personaliti bayi anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Tahniah kepada Doktor di atas kewujudan blog ini. Saya amat berharap blog ini akan memberi banyak manfaat kepada ibu & ayah yang melalui proses kehammilan ini. - azri & fara (fatimah zahra)
azri & fara, tak sangka dapat cari blog ni .. Terimakasih... saya akan cuba yang terbaik.
Hi Doc,
congratulations!! blog nie memang best.. harapan kami agar ianya dapat memberi banyak ilmu and pengetahuan kepada kita semua akan keajaiban kejadian manusia di muka bumi ini. ;) Ibrahim & Hamisah
hi doc...
sy nk tau la...proses persenyawaan hanya akan berlaku dalam tiub fallopian je ke?da lama tggal sains la...tlg sy...just nk tau je...
SALAM DOC,,SAYA BARU BERKAHWIN DAN UMUR 25THN..SOALANNYA,ADAKAH SAYA DAPT RASAKAN SAYA HAMIL WALAUPUN DALAM MINGGU PERTAMA?
salam..
blog yg baik!
sy mo tau la...mcmn kita nak tentukn...psenyawaan tu jd atau x??lps bbrp ari @ mgu slps o mcmn??tq..
Apakah kesan sampingan kepada kesuburan wanita apabila mgambil suntikan perancangan keluarga?
Post a Comment