Wednesday, 28 November 2007

MINGGU 9-12

Minggu ini janin mula kelihatan seperti manusia, muka sudah mula membentuk dan membulat tetapi saiznya masih lagi besar berbanding badannya. Jari-jemari sudah mula kelihatan dan ogan dalaman sudahpun terbentuk, tetapi bentuk luaran jantina masih belum jelas kelihatan. Pergerakkan janin sekarang sudah boleh dilihat melalui ultrasound. Ia berukuran 2 cm. Pada sebelas minggu, kebanyakkan organ dan tulang sudahpun terbentuk dengan sepenuhnya dan pada masa ini ia dipanggil fetus. Pada akhir 12 minggu, iaitu diakhir trimester pertama ia sudahpun berukuran 7 cm.


Si comel ini baru berusia 9 minggu tapi sudah berupaya mengerakkan tangan dan kakinya.


Imeg 3d ini cukup mengkagumkan, cukup bukti bahawa bayi bergerak dengan aktif pada usia 9 minggu


2 comments:

azri abdul majid said...

Seronoknya dapat tengok semula semua nih.. :) pada minggu ke berapakah kita dapat tahu jantina fetus tu Dr?

Dr R Juhaidah R Abdullah said...

seawal minggu ke 16, saya akan uploadkan videonya nanti...tunguu...