Monday, 3 December 2007

MINGGU KE 13-14

Sebaik sahaja trimester kedua bermula, semua organ dan otot sudah terbentuk sepenuhnya dan mula berfungsi. mata dan telinga sudah mula kelihatan tetapi kelopak mata masih lagi tertutup rapat untuk melindungi bola mata yang sedang membentuk dengan pesat. Ia tidak akan terbuka sehingga bayi berusia 30 minggu. 

Pada usia ini, bayi sudah pandai membuat pergerakkan-pergerakkan aktif seperti menendang dan menyiku tetapi ibu masih belum dapat merasai kesemua pergerakkan ini sehinggalah ia lebih besar sedikit. Bayi  juga mungkin sedang belajar meletakkan jarinya ke mulut pada minggu ini.


Fetus berusia 14 minggu sudah menunjukkan tanda ia bayi lelaki.

No comments: